Wednesday, February 17, 2010

Lelaki Buaya Darat

Ho Ho Ho

Panas lagi memanaskan bila tetiba ada seorang kawan ni duk bercerita pasal adik dia yang terkena buatan oleh lelaki durjana sehingga sanggup lari dari rumah! Kisah ini benar lagi membenarkan. Di tambah dengan cuaca panas di Malaysia dengan suhu mencapai sehingga 36 darjah celcius skrang, serta air kopi yang tengah panas, menjadikan sume orang panas!

Camana tu? Al-kisahnya, beliau ini telah di ayat oleh seorang lelaki dari laman sosial popular myspace. Ayat punya ayat punya ayat, ikan suda masuk dalam jala. Maka dengan penuh kepercayaan yang tinggi atas nama cinta ibarat Laila dan Majnun, maka si gadis pun keluar lah membawa beg nye mengikuti jejaka yang dipuja. 

Oh, nehi...nehi..kenapa jadik macam nih? Wahai gadis, janganlah dikau mudah terpedaya dengan janji manis sang jejaka. Wahai gadis, tak usah terlena dek kata-kata manis sang jejaka. Wahai gadis, jangan dikau terlena dengan ayat-ayat power sang jejaka.

Apapun, syukur. Teman tadi sudah mendapat adiknya setelah SEBULAN 'hilang' mengikuti jejaka tadi. 

p/s: Wahai jejaka, macho la skit bila mau pikat pompuan. Tak rock la guna minyak dagu ke, minyak senyongyong (betul ke aku eja nih?) ke. Cinta macam tu takda feel, takda hati, tak da perasaan. Carilah cinta yang sejati iaitu cinta yang dibina dari 2 hati yang bersatu. Fuhh...dasat jugak ayat aku nih ahaks.

'Kaki Pancung'


0 ahli mesyuarat tingkap:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment