Sunday, February 21, 2010

Karnival Wow yang Wow!


Kalau nak ikut macam malas jugak nak pegi sini. Maklumlah, hari tu aku & wife suda pegi jenjalan kat Jalan TAR untuk melihat-lihat dan membeli beberapa barang keperluan. Sungguh ramai orang di Jalan TAR! Boleh melilau mata tengok orang...eh, i mean tengok kedai jual barang. Dari baju sampai la ke seluar kecik! Macam-macam adaaa! Kalau korang rasa kasut crocs kat Mid Valey tu mahai, haaa meh la Jalan TAR ni. Kasut crocs memang banyak kat sini. Aku rasa 6-7 kedai jual crocs ni. Tapi awas!! Kasut crocs kat sini takda gigi! Hehehehehehe. Kalu ada gigi pun, cuma 2-3 batang je. Paham tak ni? Aiyak, lu pikirla sendiri haha.

Kembali ke Karnival Wow di Putrajaya nih. Aku jalan kat sini pun kejap je. Tak sempat nak melilau sangat sebab masa dah petang. Dah tu pulak hari mau ujan. Terpaksala jalan laju-laju sambil tengok-tengok apa yang menarik. Tapi satu menda yang menarik perhatian aku tentang warga malaysia nih...kalau dah bershoping sure tak hengat dunia!! Sampai lupa anak beranak. Seriuss beb! Tengah aku duk tengok-tengok kura-kura (konon-konon nak beli sekor nak bela letak kat ofis), adala satu pengumuman nih, anak mencari mak bapak! Kesian budak tu. Umo dalam 5-6 tahun kot. Kembar pulak tu. Pakai baju power rangers lagi. Mak bapak dia suda hilang ingatan dan lupa dunia kerana telah meninggal anak-anak mereka kat tengah-tengh orang yang ramai tu. Puas la pihak urusetia duk melaporkan tentang budak-budak ni. Tapi sampai 15 minit, hampasss, muke mak bapak pun tak nampak! Budak tu pulak dah menangis bagai nak rak. Terpaksa la abang-abang RELA nih bawak diorang berjalan keliling tu kot-kot akan terjumpa dengan mak bapak diorang. Tapi sayang seribu kali sayang...sampai aku blah pun masih tidak ketemu sama mak bapak memasing. Amboi kakk, khusuk sangat yer? Nak kata tapak karnival tu besau, takdala sangat. Aku rasa kalu urusetia tu dah buat pengumuman tu senang jerk mau carik khemah urusetia. Tak tau la kot-kot dah sampai  rumah baru sedar anak takda, naya tu bang!

Nak shoping, shoping gak. Tapi pastikan anak-anak anda tu terjaga. Biasa kita dengar mak bapak yang carik anak, tapi ni anak pulak yang carik mak bapak. Aduhai, itu macam pun ada ka? Cadangan dari aku, next time kalu mau pi tempat yang sesak lagi menyesakkan macam tu pastikan tangan anak anda diikat dengan tali rapia. Jangan ikat kat leher nanti jadik lain! 

'Kaki Pancung'

Friday, February 19, 2010

Tora Datang Lagi!


 

Agaknya macam ni la Pelan Pendidikan Nasional untuk anak-anak melayu kita nih. Pelik aku, duk terkejar-kejar glamor sangat dapat apa? Dapat glamer la kan? Heheh. Tapi korang kena ingat, glamer hanya sekali. Lepas dah tak glamer, orang jumpe pun buat-buat tak nampak! 

Teringat haritu, dalam paper mana ntah. Ada seorang penulis dalam sebuah akhbar ni dia kata (lebih kurang gini la) "Bangsa lain sibuk mengejar kekayaan dan kemajuan pendidikan, bangsa kita sibuk mengejar dunia glamor". Artikel ni dirujuk masa pertandingan Bintang Kecil beberapa bulan lepas. Yerlor, tengok jela bebudak bintang kecil tu, time² budak lain sedang bergelut dalam UPSR, dia pulak syiok² nyanyi. Sekali kuar result, haaaaa...tau ko malu yer! Berapa A dapat? Satu je? Ish². Kalu satu je, nanti ko masuk form 1 ko duduk kelas yang sedang² jela. Lepas tu bila ko dah PMR dan ko tak sedor diri gak, tak tau la eden nak kabo. Lepas tu bila SPM masih duk keja dunia glamer, ko tau la nasib ko nanti!

Artis yang masuk U pun buleh kena 'kick', ni kan pulak ko yang tak masuk U. Lu pikir la sendiri okeh. Nak glamer buleh, tapi sepadankanlah dengan ilmu gak. Bukan takda artis yang tak berjaya dalam ilmu dan glamer, ada jek. Cuma korang yang tak nak. Glamer tak tahan sampe mana. Ilmu je yang tahan sampe ke MATI!

'Kaki Pancung'

Thursday, February 18, 2010

Selamat Datang Ke Kota Tipu Daya


Bila tengok berita pasal kisah buang bayi kat tv tadi di samping kisah gadis remaja yang terrbuat sambil terrmengandung, rasa nak penampo pun ada. Tapi tula, takkan nak tampo muka sendiri pulak. Bukan aku yang buat salah. Tapi diorang. Jadiknya memang kena tampo diorang la kot.

Puhliss la wahai gadis remaja. Janganla mudah sangat terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki cap buaya nih. Baru umpan sikit nak bagi berlian sekotak, suda cair macam agar-agar. Ada pulak tadik dia kata dia ikut laki tu sebab laki tu buleh jadikan dia pelakon. Nah, akhirnya jadik pelakon juga. Tapi pelakon 5 bintang. Lepas tu tau plak malu. Terlajak perahu buleh di undur yob. Terlajak tikam lu tanggung la sendiri!

Moral of the story, bila berkawan pastikan kawan awak tu betul-betul orang. Bukan orang cap buaya. Aku tak salahkan laki lain yang duk baca blog ni sebab aku tau korang sume ahlil masjid. Aku cuma salahkan orang bertopengkan boya ni jek. 

Okay, kita ketemu lagi nanti!

'Kaki Pancung'

Wednesday, February 17, 2010

Lelaki Buaya Darat

Ho Ho Ho

Panas lagi memanaskan bila tetiba ada seorang kawan ni duk bercerita pasal adik dia yang terkena buatan oleh lelaki durjana sehingga sanggup lari dari rumah! Kisah ini benar lagi membenarkan. Di tambah dengan cuaca panas di Malaysia dengan suhu mencapai sehingga 36 darjah celcius skrang, serta air kopi yang tengah panas, menjadikan sume orang panas!

Camana tu? Al-kisahnya, beliau ini telah di ayat oleh seorang lelaki dari laman sosial popular myspace. Ayat punya ayat punya ayat, ikan suda masuk dalam jala. Maka dengan penuh kepercayaan yang tinggi atas nama cinta ibarat Laila dan Majnun, maka si gadis pun keluar lah membawa beg nye mengikuti jejaka yang dipuja. 

Oh, nehi...nehi..kenapa jadik macam nih? Wahai gadis, janganlah dikau mudah terpedaya dengan janji manis sang jejaka. Wahai gadis, tak usah terlena dek kata-kata manis sang jejaka. Wahai gadis, jangan dikau terlena dengan ayat-ayat power sang jejaka.

Apapun, syukur. Teman tadi sudah mendapat adiknya setelah SEBULAN 'hilang' mengikuti jejaka tadi. 

p/s: Wahai jejaka, macho la skit bila mau pikat pompuan. Tak rock la guna minyak dagu ke, minyak senyongyong (betul ke aku eja nih?) ke. Cinta macam tu takda feel, takda hati, tak da perasaan. Carilah cinta yang sejati iaitu cinta yang dibina dari 2 hati yang bersatu. Fuhh...dasat jugak ayat aku nih ahaks.

'Kaki Pancung'


Tuesday, February 16, 2010

Ada Mata Pandang!

Salma tanpa tangan!

Orang tulis, aku pun nak tulis. Orang berblog, aku pun nak berblog. Orang bergossip, aku pun nak bergossip. Opss...mak kose nyahh! 

Satu lagi blog santai dari aku. Penulisan dari apa yang aku rasa nak tulis bila aku rasa aku tertengok sesuatu yang menarik. Awas! mungkin korang pun jadik subjek blog aku nanti! Ekekekek :c: